Minggu, 21 September 2014

مراتب العلم ثلاث



مراتب العلم ثلاث
وَلَهُ ثَلَاثُ مَرَاتِبَ‏:‏ الْمَرْتَبَةُ الْأُولَى ‏ "‏عِلْمُ الْيَقِينِ‏ " ‏ وَهُوَ انْكِشَافُ الْمَعْلُومِ لِلْقَلْبِ بِحَيْثُ يُشَاهِدُهُ وَلَا يَشُكُّ فِيهِ كَانْكِشَافِ الْمَرْئِيِّ لِلْبَصَرِ ‏.
‏
ثُمَّ يَلِيهَا الْمَرْتَبَةُ الثَّانِيَةُ وَهِيَ مَرْتَبَةُ ‏ "‏عَيْنِ الْيَقِينِ‏ " ‏ وَنِسْبَتُهَا إلَى الْعَيْنِ كَنِسْبَةِ الْأُولَى لِلْقَلْبِ، ثُمَّ تَلِيهَا الْمَرْتَبَةُ الثَّالِثَةُ، وَهِيَ ‏ "‏حَقُّ الْيَقِينِ‏ " ‏ وَهِيَ مُبَاشَرَةُ الْمَعْلُومِ وَإِدْرَاكُهُ الْإِدْرَاكَ التَّامَّ ‏.
‏
فَالْأُولَى كَعِلْمِكَ أَنَّ فِي هَذَا الْوَادِي مَاءٌ، وَالثَّانِيَةُ كَرُؤْيَتِهِ، وَالثَّالِثَةُ كَالشُّرْبِ مِنْهُ ‏.
‏
وَمِنْ هَذَا قَوْلُ حَارِثَةَ ‏ "‏ أَصْبَحَتْ مُؤْمِنًا حَقًّا، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إنَّ لِكُلِّ حَقٍّ حَقِيقَةً فَمَا حَقِيقَةُ إيمَانِك‏؟‏ قَالَ عَزَفَتْ نَفْسِي عَنْ الدُّنْيَا وَشَهَوَاتِهَا فَأَسْهَرْت لَيْلِي وَأَظْمَأْت نَهَارِي وَكَأَنِّي أَنْظُرُ إلَى عَرْشِ رَبِّي بَارِزًا وَكَأَنِّي أَنْظُرُ إلَى أَهْلِ الْجَنَّةِ يَتَزَاوَرُونَ فِيهَا، وَإِلَى أَهْلِ النَّارِ يَتَعَاوَوْنَ فِيهَا فَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم عَرَفْت فَالْزَمْ عَبْدٌ نَوَّرَ اللَّهُ الْإِيمَانَ فِي قَلْبِهِ ‏ " ‏ ذَكَرَهُ ابْنُ رَجَبٍ فِي اسْتِنْشَاقِ نَسِيمِ الْأُنْسِ وَقَالَ ضَعِيفٌ، وَالْإِمَامُ ابْنُ الْقَيِّمِ فِي مِفْتَاحِ دَارِ السَّعَادَةِ مُحْتَجًّا بِهِ وَاَللَّهُ أَعْلَمُ ‏.
‏
‏ "‏وَ‏ " ‏ فِي حِفْظِ آدَابِ ‏ "‏الدِّينِ‏ " ‏ وَالتَّخَلُّقِ بِهَا ‏ "‏رَغْبَةٌ‏ " ‏ أَيْ إرَادَةٌ وَطَلَبٌ يُقَالُ رَغِبَ فِيهِ كَسَمِعَ رَغْبًا وَيُضَمُّ وَرَغْبَةً أَرَادَهُ كَارْتَغَبَ كَمَا فِي الْقَامُوسِ، وَرَغِبَ عَنْهُ لَمْ يُرِدْهُ، وَرَغِبَ إلَيْهِ ابْتَهَلَ إلَيْهِ أَوْ هُوَ الضَّرَاعَةُ وَالْمَسْأَلَةُ ‏.
‏
وَالدِّينُ لُغَةً الْجَزَاءُ وَمِنْهُ قَوْلُ الْحَمَاسَةِ‏:‏ وَلَمْ يَبْقَ سِوَى الْعُدْوَانِ دِنَّاهُمْ كَمَا دَانُوا وَالِانْقِيَادُ وَالْخُضُوعُ وَالْحِسَابُ وَالْعَادَةُ وَالْعَمَلُ وَالْحُكْمُ وَالْحَالُ وَالْخُلُقُ وَالطَّاعَةُ وَالْقَهْرُ وَالْمِلَّةُ وَالشَّرِيعَةُ وَالْوَرَعُ وَالسِّيَاسَةُ وَشَوَاهِدُ ذَلِكَ يَطُولُ ذِكْرُهَا، وَفِي الْعُرْفِ وَضْعٌ إلَهِيٌّ سَائِقٌ لِذَوِي الْعُقُولِ الْمَحْمُودَةِ بِاخْتِيَارِهَا إلَى مَا هُوَ خَيْرٌ لَهَا بِالذَّاتِ مِنْ أَمْرَيْ الْمَعَاشِ وَالْمَعَادِ، وَذَلِكَ الْوَضْعُ بِاعْتِبَارِ كَوْنِهِ طَرِيقًا مُوَصِّلًا إلَى النَّجَاةِ يُسَمَّى شَرِيعَةً، وَهِيَ فِي اللُّغَةِ الطَّرِيقَةُ لِلْمَاءِ ‏.
‏
وَبِاعْتِبَارِ كَوْنِهِ مُجْتَمَعًا عَلَيْهِ يُسَمَّى مِلَّةً، وَهِيَ فِي اللُّغَةِ الْجَمَاعَةُ، وَبِاعْتِبَارِ كَوْنِهِ مُنْقَادًا إلَيْهِ يُسَمَّى دِينًا ‏ "‏لِيَصْغَ‏ " ‏ اللَّامُ لِلْأَمْرِ، وَيَصْغَ فِعْلٌ مُضَارِعٌ مَجْزُومٌ بِحَذْفِ حَرْفِ الْعِلَّةِ، يُقَالُ أَصْغَى اسْتَمَعَ، وَإِلَيْهِ مَالَ بِسَمْعِهِ، وَأَصْغَى الْإِنَاءَ أَمَالَهُ، وَصَغَى يَصْغُو وَيُصْغِي صَغْوًا، وَصَغَى يُصْغِي صَغًا وَصَغْيًا مَالَ أَوْ مَالَ حَنَكُهُ ‏ "‏بِقَلْبٍ‏ " ‏ مُتَعَلِّقٌ بِيَصْغَى، وَالْقَلْبُ الشَّكْلُ الصَّنَوْبَرِيُّ فِي الْجَوْفِ، وَالْمُرَادُ الْعَقْلُ وَاللُّبُّ، مِنْ إطْلَاقِ الْمَحَلِّ وَإِرَادَةِ الْحَالِّ ‏.
‏
وَقَدْ جَاءَ فِي الْقُرْآنِ ‏ "‏لِمَن كَانَ لَهُ قَلْبٌ‏ " ‏ وَالْآيَاتُ وَالْأَحَادِيثُ مَمْلُوءَةٌ مِنْ ذَلِكَ ‏ "‏حَاضِرٍ‏ " ‏ مُتَيَقِّظِ غَيْرِ غَائِبٍ، فَإِنَّ مَنْ أَلْقَى سَمْعَهُ وَغَابَ قَلْبُهُ لَمْ يَنْتَفِعْ بِمَا يُلْقَى إلَيْهِ مِنْ الْعُلُومِ وَالْمَعَارِفِ ‏.
‏
وَمِنْ ثَمَّ قَالَ سَيِّدُنَا عَلِيٌّ رضي الله عنه لِكُمَيْلِ بْنِ زِيَادٍ النَّخَعِيِّ‏:‏ ‏ "‏ يَا كُمَيْلُ، الْقُلُوبُ أَوْعِيَةٌ فَخَيْرُهَا أَوْعَاهَا لِلْخَيْرِ ‏ " ‏
انْتَهَى
فَإِذَا كَانَ الْقَلْبُ حَاضِرًا وَعَى مَا يُلْقَى إلَيْهِ ‏.
‏
وَفِي حَدِيثِ جَابِرٍ رضي الله عنه فِي الْمَثَلِ الَّذِي ضَرَبَتْهُ الْمَلَائِكَةُ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَلِأُمَّتِهِ ‏.
‏
وَقَوْلِ الْمَلَكِ لَهُ اسْمَعْ سَمِعَتْ أُذُنُكَ وَوَعَى قَلْبُك ‏.
‏
وَإِنَّمَا سُمِّيَ الْعَقْلُ عَقْلًا لِعَقْلِهِ مَا يُلْقَى إلَيْهِ، وَمِنْهُ عَقَلَ الْبَعِيرَ وَالدَّابَّةَ، وَلِأَنَّهُ يَعْقِلُهُ عَنْ اتِّبَاعِ الْغَيِّ وَالْهَلَاكِ، وَلِذَا سُمِّيَ حِجْرًا أَيْضًا لِأَنَّهُ يَمْنَعُ صَاحِبَهُ كَمَا يَمْنَعُ الْحِجْرُ مَا حَوَاهُ ‏.
‏
فَعَقْلُ الشَّيْءِ أَخَصُّ مِنْ عِلْمِهِ وَمَعْرِفَتِهِ ‏;‏ لِأَنَّ صَاحِبَهُ يَعْقِلُ مَا عَلِمَهُ فَلَا يَدَعُهُ يَذْهَبُ ‏.
‏
وَلِلْإِدْرَاكِ مَرَاتِبُ بَعْضُهَا أَقْوَى مِنْ بَعْضٍ، فَأَوَّلُهَا الشُّعُورُ فَالْفَهْمُ فَالْمَعْرِفَةُ فَالْعِلْمُ ثُمَّ الْعَقْلُ ‏.
‏
‏ "‏مُتَرَصِّدِ‏ " ‏ أَيْ مُتَرَقِّبٍ حَافِظٍ ‏.
‏
قَالَ فِي الْقَامُوسِ‏:‏ رَصَدَهُ رَصْدًا وَرَصَدًا رَقَبَهُ كَتَرَصَّدَهُ، فَإِذَا كَانَ الْقَلْبُ حَاضِرًا مُتَرَقِّبًا مَا يُلْقَى إلَيْهِ مُتَهَيِّئًا مُسْتَعِدًّا كَانَ أَقْرَبَ لِانْتِفَاعِهِ وَضَبْطِهِ لِمَا يُبْدِيهِ إلَيْهِ الشَّيْخُ، بِخِلَافِ شَارِدِ الْقَلْبِ ذَاهِلِ اللُّبِّ فَلَا عِنْدَهُ اسْتِعْدَادَ، لِأَنَّهُ فِي وَادٍ وَقَلْبُهُ فِي وَادٍ ‏

Rahmat Allah



Rahmat Allah

Apakah sebenarnya rahmat?
Di dalam al-Quran, perkataan rahmat disebut sebanyak 124 kali, yang membawa maksud sifat-sifat mengasihani, memberkati, menganugerahi.
Antaranya,
‘Dan taatlah kepada Allah dan Rasul (Muhammad), agar kamu diberi rahmat.’ (al-Imran, 132)
‘Dan adalah kerana rahmatNya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, agar kamu beristirahat pada malam hari dan agar kamu mencari sebahagian kurniaNya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepadaNya.’ (al-Qasas, 73)
‘Dan Kami anugerahi dia (dengan mengumpulkan kembali) keluarganya dan Kami lipatgandakan jumlah mereka, sebagai rahmat dari Kami dan pelajaran bagi orang-orang yang berfikiran sihat (supaya mereka juga bersikap sabar semasa ditimpa kemalangan).’ (al-Saad, 43)
‘Apabila kami berikan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan (rahmat) itu. Tetapi apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) kerana kesalahan mereka sendiri, seketika itu mereka berputus asa.’ (ar-Rum, 36)
Itulah sebahagian daripada 124 ayat yang terdapat dalam al-Quran, tentang rahmat Allah s.w.t. Jadi kejadian siang dan malam, memberikan keluarga kepada manusia, sesuatu yang dianugerahkan kepada manusia adalah rahmat Allah. Ini merupakan sebahagian kecil dari begitu banyaknya rahmat Allah.
Siang dan malam terjadi kerana matahari memancarkan cahayanya ke bumi yang sentiasa berputar dua puluh empat jam sekali. Jadi matahari juga adalah sebahagian lagi anugerah Allah, atau rahmat Allah.  Kita maklum, bumi dan matahari, disebut oleh ilmu Sains sebagai berada dalam satu sistem iaitu sistem solar. Selain bumi, dalam sistem solar mempunyai enam lagi planet yang berada dalam sistem solar, iaitu Marikh, Pluto, Jupiter, Uranus, ... Kesemuanya adalah kejadian Allah s.w.t. yang berada di atas sana.
Allah mencipta manusia bermula daripada Adam kemudian diciptakan Hawa, diturunkan ke bumi, lalu berkembang dan bertambah dari semasa ke semasa, dan dari bilangannya yang semakin banyak itu terbentuk keluarga dan seterusnya terbentuk pula kelompok-kelompok manusia di atas muka bumi ini yang berbagai-bagai bangsa, juga adalah sebahagian daripada rahmatNya.
Dan yang paling penting, untuk manusia, Allah menyediakan segala keperluan untuk hidupnya. Selain dari keperluan asas tersebut, dengan rahmatNya juga disediakan apa-apa yang menggembirakan mereka, iaitu nikmat-nikmat kehidupan. Ini juga adalah rahmat Allah juga.
Apakah yang menggembirakan manusia. Bolehlah diambil beberapa contoh seperti makanan, pangkat, kemewahan, kesihatan, kuasa dan kekayaan, maka adalah rahmat juga. Kita juga sering mendengar orang berkata, bila hujan turun, mereka akan kata hujan itu rahmat. Pendek kata apa sahaja yang disediakan oleh Allah s.w.t. untuk kebaikan dan kegembiraan manusia adalah rahmatNya.
Bertolak dari contoh-contoh ini bolehlah dikatakan di sini, segala apa sahaja yang ada di ruang angkasa sana mahu pun di bumi ini adalah rahmat Allah s.w.t. belaka.
‘Maka jika mereka mendustakan kamu, katakanlah, Tuhanmu mempunyai rahmat yang luas, dan seksaNya kepada orang-orang yang berdosa tidak dapat dielakkan.’ (al-Anam, 147)
‘Dialah (Allah) yang menciptakan segala apa yang ada di bumi untukmu kemudian Dia menuju ke langit, lalu Dia menyempurnakannya menjadi tujuh langit.  Dan dia Maha Mengetahui segala sesuatu.’ (al-Baqarah, 29)
Ayat ini menyebut Allah menciptakan segala apa yang ada di bumi ini untuk kita. Lihat sahaja betapa banyaknya yang disediakan untuk kita, sama ada yang berada di muka bumi, di ruang angkasa bumi, di dalam perut bumi, di dalam air sungai dan lautan. Sama ada yang dapat kita lihat, rasa, bau, dengar, sentuh, malah sebahagiannya tidak dapat dikesan dengan deria-deria tersebut, contohnya gelombang radio. Kesemuanya ini adalah rahmat Allah s.w.t.
Apakah kita lupa betapa banyaknya rahmat Allah yang ada pada diri kita? Allah memberi kita jasad yang lengkap dengan lima pancaindera, diberi otak yang mampu berfikir, tidak seperti haiwan, otaknya bukan untuk berfikir. Malah terlalu banyak rahmat Allah yang sudah kita ketahui, dan memang banyak lagi. Firman Allah,
‘Dan kalau mahu menghitung nikmat Tuhan, nescaya tidaklah dapat kamu menghitung (seluruhnya). Dan sesungguhnya Tuhan itu Pengampun dan Penyayang.’ (an-Nahl, 18)
Secara mudah boleh disimpulkan di sini, apa sahaja yang ada pada tubuh badan kita, sekitaran kita, bumi ini dan segala yang terkandung di dalamnya, termasuk juga alam di luar sana dengan segala planet dan bintang yang ada, adalah rahmat Allah.
Semua benda diciptakan untuk kegunaan manusia
‘Dialah (Allah) yang menciptakan segala apa yang ada di bumi untukmu kemudian Dia menuju ke langit, lalu Dia menyempurnakannya menjadi tujuh langit.  Dan dia Maha Mengetahui segala sesuatu.’ (al-Baqarah, 29)
Berapa banyakkah untuk dihitung apa yang ada di bumi? Ini mencakupi segala apa yang ada di ruang angkasa bumi, di atas muka bumi, di dalam perut bumi dan lautan. Allah menyediakan segala-galanya untuk kita.
‘Mereka bertanya kepadamu (Muhammad), apakah yang dihalalkan bagi mereka? Katakanlah, yang dihalalkan bagimu (adalah makanan) yang baik-baik dan (buruan yang ditangkapnya untukmu), dan sebutlah nama Allah (waktu melepasnya). Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat cepat perhitungannya.’ (al-Maidah, 4)
Buruan di sini ialah buruan yang ditangkap oleh binatang buas semata-mata untuk tuannya dan tidak dimakan sedikit pun oleh binatang itu. Jadi binatang juga disediakan untuk kita tetapi terbatas kepada yang dihalalkan sahaja.
‘Katakanlah (Muhammad), siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah disediakan untuk hamba-hambaNya dan rezeki yang baik-baik? Katakanlah, semua itu untuk orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, dan khusus (untuk mereka sahaja) pada hari kiamat. Demikianlah kami menjelaskan ayat-ayat itu untuk orang-orang yang mengetahui.’ (al-Aaraf, 32)
Perhiasan-perhiasan dari Allah dan makanan yang baik-baik itu dapat dinikmati di dunia ini oleh semua orang, sama ada yang beriman dan yang tidak beriman.
‘Dan haiwan ternak telah diciptakanNya untuk kamu, padanya ada (bulu) yang menghangatkan dan berbagai manfaat, dan sebahagiannya kamu makan. Dan kamu memperoleh keindahan padanya, ketika kamu membawanya kembali ke kandang dan ketika kamu melepaskannya (ke tempat penggembalaan).’ (an-Nahl, 5-6)
‘Dan Kami menciptakan besi yang mempunyai kekuatan hebat dan banyak manfaat bagi manusia, dan agar Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasulNya walaupun (Allah) tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, Maha Perkasa.’ (al-Hadid, 25)
Ayat ini menyebut besi, sejenis logam yang kuat, disediakan untuk manfaat manusia. Perkataan besi adalah sampel kepada banyak lagi logam yang disediakan oleh Allah s.w.t. Misalnya  emas, tembaga, zink, kupram, dan yang bentuk cecair ialah logam raksa. Kesemuanya disediakan untuk kebaikan kita.
Sebahagian logam pula kita gunakan untuk perhiasan, emas, emas putih. Bahan-bahan ini pula memberi peluang kepada dunia perniagaan.
Apa yang disebut dalam ayat-ayat di atas adalah untuk manusia. Dari bahan-bahan keperluan hidup, seperti makanan termasuk yang berupa binatang buruan, dan pakaian daripada bulu, disediakan juga bahan untuk kegunaan peralatan seperti besi, malah Allah menyediakan juga perhiasan. Kesemuanya ini adalah rahmatNya.
Rahmat Allah s.w.t. 100 bahagian
Pun begitu, apa yang dapat manusia fikirkan tentang segala pemberianNya ini, yang tidak terhitung banyaknya, adalah hanya satu daripada seratus bahagian kesemuanya. 
Sebuah hadis oleh Bukhari dan Muslim, menyebut,
‘Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. menjadikan rahmat sebanyak seratus bahagian. Dari satu bahagian inilah seluruh makhluk saling kasih mengasihi antara satu sama lain sehinggakan binatang mengangkat kaki dari anaknya takut terpijak atau menyakiti anaknya’.
Hadis ini menyebut makhluk. Makhluk adalah sebahagian daripada daripada rahmat Allah yang satu bahagian itu. 
Tetapi Ustaz Saifuddin Aman pula menyebut dalam laman webnya (http://almawardiprima.co.id)
‘Allah memiliki 100 rahmat. Satu rahmat diberikan di dunia, dan 99 rahmat akan diberikan di akhirat.’
Hadis ini pula menyebut satu rahmat diberikan di dunia. Apakah yang dimaksudkan dengan di dunia?
Apa pun, dari kedua-dua hadis ini kita boleh membuat satu kesimpulan bahawa segala apa yang terdapat di dunia ini adalah hanya satu bahagian daripada seratus rahmat Allah s.w.t. RahmatNya yang satu peratus itu telah diterjemahkan dalam bentuk apa yang ada di duniaseperti yang dapat kita lihat sekarang ini.
Alam ini
Satu peratus rahmat yang disebut dalam hadis di atas tadi ialah alam ini. Allah yang menterjemahkan rahmatNya yang satu peratus ke dalam bentuk adanya alam ini. Orang Islam, malah manusia keseluruhannya akan mengakui bahawa Allah yang menjadikan alam ini.
‘Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: “Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?” Tentu mereka akan menjawab: “Allah”, maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar),” (Al-Ankabut: 61)
Sunnatullah, dan syariat Allah
Setiap sesuatu yang ada dalam alam ini ialah makhluk Allah, sama ada yang hidup atau tidak hidup. Manusia, haiwan, tumbuhan adalah makhluk yang hidup. Batu, tanah, air, angin, udara, planet-planet dan sebagainya adalah tidak hidup.
Allah menentukan peraturan untuk perjalanan hidup semua makhluk ini demi kebaikan dan kesejahteraan. Jika setiap makhluk, baik yang hidup atau yang tidak hidup, mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan, akan mencapai kehidupan saling kasih mengasihi, aman sejahtera. Sebaliknya, jika tidak diikuti akan menghadapi keributan dan kerosakan.
Peraturan Allah terbahagi kepada dua: satu dikhususkan kepada manusia, dan satu lagi untuk segala makhluk yang lain. Peraturan untuk manusia ialah apa yang kita sebut sebagai syariat Allah, sementara untuk makhluk-makhluk yang lain dipanggil sunnatullah.
Sunnatullah ialah ketentuan Allah s.w.t. kepada alam ini. Ketentuan inilah yang menjadi alam ini seperti adanya. Dengan ketentuanNya bumi berpusing dan membolehkannya terapung, mengelilingi matahari, yang dengan peraturan ini menyebabkan terjadinya siang dan malam. Bumi juga ditetapkan mempunyai daya graviti, yang dengannya menyebabkan sesuatu akan kekal melekat ke bumi, atau apa sahaja yang tergantung, atau kita lambung ke atas, akan jatuh ke bumi.
Allah juga menentukan penyebab terjadinya pasang surut air laut. Ikan yang hidup di dalamnya tidak pula menjadi masin selagi masih hidup kerana Allah telah menetapkan begitu. Itulah antara sunnatullah.
Allah juga yang menentukan umpamanya, sebiji batu yang diam tidak memberi sebarang mudarat. Tetapi apabila bergerak akan memperoleh momentum, dan merbahaya kepada apa sahaja yang berada di laluannya.
Allah juga yang menentukan udara panas akan bergerak naik. Perbezaan suhunya pula akan menjadi penyebab terjadinya angin, ribut dan taufan dan puting beliung.
Allah juga menentukan bahawa setiap yang hidup akan mati. Manusia mempunyai perasaan, manakala binatang pula mempunyai naluri, untuk menyukai jantina yang berlawanan. Bila berlaku proses mengawan akan terjadi proses mengandung dan beranak. Tetapi monyet tidak boleh mengandung jika mengawan dengan anjing kerena itu adalah ketentuan Allah.
Pendek kata apa yang telah dan yang belum ditemui oleh sains yang kemudiannya diberi simbol sebagai hukum sains atau hukum alam, sebenarnya adalah ketentuan Allah kepada alam ini. Inilah apa yang dipanggil sebagai nature atau alami atau sifat semulajadi. Inilah yang akan menentukan bentuk perjalanan alam ini.
Syariah Allah ialah peraturan untuk manusia. Manusia walaupun menjadi sebahagian dari alam ini, tetapi telah diberikan peraturan yang khusus bagaimana ia berperanan sebagai khalifah Allah.
Syariat Allah menenttukan peraturan bagaimana caranya manusia harus menjalani kehidupan atas muka bumi. Allah telah menentukan apa yang boleh dilakukan dan apa pula yang dilarang. Semua peraturan ini terkandung dalam al-Quran. Lalu Rasulullah s.a.w. diutus bagi memberi penunjuk melalui sunnahnya.
‘Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam’. (Al-Anbiya’, 107)
Rahmat dalam ayat ini adalah membawa pengertian seperti yang tersebut dalam satu laman web, yang menyebut,
‘Rahmat pada umumnya mengandung pengertian kasih sayang, keadilan, dan kesejahteraan. Dengan demikian tujuan Islam adalah identik dengan tujuan pembawanya, Muhammad s.a.w., yaitu membawa ajaran kasih sayang, keadilan, dan kesejahteraan bagi alam semesta.’
Jadi, kasih sayang, keadilan dan kesejahteraan adalah sebahagian daripada rahmat. Ayat dalam surah al-Anbiya tadi menunjukkan Nabi Muhammad s.a.w diutus untuk membawa pengajaran ke arah itu.
Jika kita rujuk kembali ayat 132 dalam surah al-Imran, ‘Dan taatlah kepada Allah dan Rasul (Muhammad), agar kamu diberi rahmat’, menunjukkan rahmat Allah akan turun kepada orang-orang yang taat kepada Rasulullah dengan syarat kita mengamalkan segala sunnahnya secara menyeluruh, termasuk yang satu ini iaitu mensyukuri segala nikmat yang wujud seperti adanya ini.
99 rahmat akhirat?
Dari 100 rahmat Allah, 99 lagi akan diberikan kepada hamba-hambanya  setelah kematiannya. Inilah rahmat akhirat. Tiada siapa tahu bagaimana rupanya rahmat akhirat kerana ianya adalah rahsia Allah. Rahmat ini hanya akan diberikan kepada umatnya yang terpilih sahaja, dan pengurniaannya pula setelah kita masuk syurga.
Betapa banyak lagi nikmat yang akan kita kecapi di syurga kelak. Tidak dapat dibayangkan apakah nikmat-nikmat itu, bagaimana rupanya, layakkah kita memperolehi kesemuanya yang 99 itu.
Sedangkan satu peratus nikmat dari rahmat Allah yang sedia ada di bumi ini sudah tidak terhitung, inikan pula 99. Itu sebabnya kita sering diingatkan bahawa kehidupan yang lebih bermakna adalah kehidupan di akhirat nanti. Nikmat kehidupan di sana nanti melimpah ruah dan kekal abadi. Penghidupan di dunia ini hanyalah sementara, umpama suatu tempat persinggahan, dan hanya dibekali dengan sebahagian daripada satu peratus nikmat sahaja.
Kita memang memelukan rahmat Allah s.w.t. Sembahyang sahaja tidak menjamin untuk masuk syurga. Hanya rahmatNya sahaja yang menjamin untuk itu. Untuk mendapat rahmatNya, apakah yang harus kita lakukan selepas sembahyang? Carilah, apa lagi yang harus kita lakukan yang berkaitan dengan sembahyang kita agar mendapat rahmat Allah s.w.t. Wallahu-a’lam.

Jumat, 17 Januari 2014

Tentang Air



Al Quran Berbicara Tentang Air
Al Quran merupakan kalam Allah yang tiada tandingannya. Dalam tiap katanya, Allah senantiasa mengajarkan manusia, salah satunya dengan benda-benda yang ada di sekitar mereka. Air adalah sumber kehidupan dan dengannya kita bisa menjalankan aktivitas kita sehari-hari. Oleh karena itu, air menjadi sumber daya yang esensial.
“…Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup.” (QS Al Anbiya’ : 30)
Proses penciptaan alam semesta dan seisinya secara keseluruhan dilakukan oleh Allah SWT dalam keadaan seimbang, sebagaimana yang tertulis dalam QS Al Mulk : 3. Demikian halnya dengan proses siklus air. Keseimbangan siklus air (water cycle) pada umumnya terbagi menjadi 4 tahap, yaitu evaporasi, presipitasi, infiltrasi, dan surface runoff (limpasan permukaan). Al Quran telah menjelaskan masing-masing proses ini, sebagai berikut:
a. Evaporasi
Proses evaporasi adalah proses perubahan air dari bentuk cair menjadi gas. California Energy menyatakan bahwa hasil proses evaporasi adalah 90% uap air pada atmosfer yang berasal dari samudera, laut, sungai, danau, dan tanah. Salah satu kebesaran Allah SWT yaitu dapat mengubah air menjadi kumpulan gas di atmosfer dengan bantuan sinar matahari, yang disebut dengan awan dengan bentuk yang bergumpal-gumpal.
“Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal,…” (QS Ar Rum : 48)
b. Presipitasi
Proses presipitasi merupakan peristiwa jatuhnya air dari atmosfer ke permukaan bumi. Ketika air diuapkan matahari dalam proses evaporasi, uap air tersirkulasikan di atmosfer kemudian terkondensasi menjadi zat cair dan terkumpul dalam butiran yang disebut condensation nuclei. Bentuk air dapat berupa cair dan beku yaitu hujan, embun, kabut dan salju. Tanda-tanda kekuasaan Allah SWT adalah Dia mampu menghembuskan angin dan menghalaukan awan, hingga awan itu terkumpul dan bertumpuk dalam gumpalan-gumpalan di langit. Ketika awan tersebut semakin hitam dan berat maka akan terjadi hujan di antara celah-celahnya.
“Tidakkah kamu melihat bahwa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian) nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) es dari langit, (yaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran) es itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari siapa yang dikehendaki-Nya…” (QS An Nuur : 43)
Pada ayat tersebut, Allah SWT menghendaki pada tempat jatuhnya air di daerah beriklim dingin menjadi salju sedangkan jatuhnya air di daerah iklim tropis menjadi air hujan.
c. Infiltrasi
Proses infiltrasi adalah perjalanan air ke dalam tanah sebagai akibat gaya kapiler (gerakan air ke arah lateral) dan gravitasi (gerakan ke arah vertikal). Air yang meresap ke dalam tanah sebagian akan tertahan oleh partikel-partikel tanah dan menguap kembali ke atmosfer, sebagian lagi diserap oleh tumbuhan dan yang lain akan terus meresap di bawah permukaan bumi hingga zona yang terisi air yaitu zona saturasi.
“Dan Kami turunkan air dari langit menurut suatu ukuran; lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi, dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa menghilangkannya.” (QS Al Mu’minuun : 18)
Air yang meresap melalui pori-pori tanah kemudian tersimpan di bawah permukaan bumi yang impermeabel (tak dapat ditembus oleh air) sehingga disebut air tanah.
d. Surface runoff
Proses surface runoff merupakan peristiwa meluapnya air ke permukaan bumi. Ketika zona saturasi terus terisi oleh air maka air tersebut akan mencari cara untuk meloloskan diri ke permukaan bumi. Apabila air hujan terus jatuh ke permukaan bumi tetapi tanah tidak mampu menyerap maka air permukaan ini  mencari celah untuk mengalir di antara palung sungai dan danau.
“Allah telah menurunkan air (hujan) dari langit, maka mengalirlah air di lembah-lembah menurut ukurannya…” (QS Ar Ra’d : 17)
Proses siklus air yang berulang-ulang ini merupakan salah satu tanda kebesaran Allah yang wajib kita syukuri. Namun akhir-akhir ini, kita telah merasakan terjadinya krisis air di lingkungan kita dan krisis ini pun melanda tanah air dan negara-negara di berbagai dunia. Seperti yang dilansir dalam situs Badan Penanggulangan Bencana Daerah Jawa Tengah, bahwa kini tidak hanya negara Timur Tengah dan Afrika saja, tetapi juga negara-negara besar seperti India, Cina, dan Amerika Serikat juga mengalami permasalahan dalam ketersediaan air, khususnya air bersih.
Krisis air yang terjadi, disebabkan tidak hanya karena bencana alam saja, tetapi juga karena kerusakan lingkungan yang kemudian merusak proses siklus air tadi. Pada saat tanah telah mengalami kerusakan, maka daya serapnya semakin berkurang, lalu semakin banyak air yang terlimpas di permukaan dan semakin sedikit air yang diserap tanah, kemudian terjadilah bencana banjir pada musim hujan dan bencana kekeringan pada musim kemarau. Hal ini dapat dikhususkan bahwa permasalahan utama yang terjadi adalah kerusakan sumber air itu sendiri. Allah menjelaskan sebagai berikut :
“Apakah kamu tidak memperhatikan, bahwa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi kemudian ditumbuhkan-Nya dengan air itu tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya, lalu ia menjadi kering lalu kamu melihatnya kekuning-kuningan, kemudian dijadikan-Nya hancur berderai-derai. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal.” (QS Az Zumar : 21)
 Dalam tafsir Al Mishbah, Quraish Shihab mencantumkan hadits riwayat Bukhari dan Muslim yang menguatkan ayat ini.
“Perumpamaan apa yang ditugaskan kepadaku oleh Allah untuk kusampaikan dari tuntunan dan pengetahuan adalah bagaikan hujan yang lebat yang tercurah ke bumi. Ada di antaranya yang subur, menampung air sehingga menumbuhkan aneka tumbuhan dan rerumputan yang banyak. Ada juga yang menampung air itu, lalu Allah menganugerahkan kepada manusia kemampuan untuk memanfaatkannya, maka mereka dengan air itu dapat minum, mengairi sawah dan menanam tumbuhan, dan ada lagi yang turun di daerah yang datar tidak dapat menampung air, tidak juga menumbuhkan tanaman….” (HR Bukhari dan Muslim)
Ibnu Katsir dalam tafsirnya menjelaskan bahwa Allah telah menurunkan air dari langit, lalu ia terserap ke dalam bumi, kemudian Dia mengalirkannya ke bagian-bagian bumi sesuai apa yang dikehendaki-Nya, dan ditumbuhkan-Nya mata air-mata air di antara yang kecil dan yang besar sesuai kebutuhan. Untuk itu Allah Ta’ala berfirman “maka diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi”.
Demikianlah sebagian kecil pembahasan Al Quran mengenai air. Saat ini telah banyak dilakukan konservasi untuk permasalahan krisis air, terutama konservasi mata air sebagai sumbernya, akan tetapi di satu sisi masih banyak pula manusia yang belum dapat memanfaatkan dengan baik sumber daya ini. Semoga bermanfaat dan semoga kita bisa menjadi insan yang dapat menjaga lingkungan dan menggunakan air secara efisien, karena hal ini juga merupakan bentuk cinta kita pada ciptaan Allah SWT. Wallahu’alam bishawab.
Sumber :
1. Ibnu Katsir. Tafsir Ibnu Katsir Jilid 7. 2007
2. M. Quraish Shihab. Tafsir Al Mishbah (Pesan, Kesan, dan Keserasian Alquran). 2003